Asal dan taburan Labu_parang

Ia biasanya dikenali sebagai pokok ditanam di kawasan tropika dan separa tropika berasal dari Asia menurut sesetengah sumber, dan Afrika daripada sumber lain. Ia mudah tumbuh liar. Sejenis labu yang hidup liar dijumpai baru-baru ini di Zimbabwe.[3] Labu awal ini memiliki kulit nipis yang tidak tahan bagi penghantaran. Labu masa kini memiliki kulit tebal melalui penanaman.[4]

Penyelidikan terkini menunjukkan dua pendomestikan yang tidak berkait: yang pertama sekitar 8–9 juta tahun dahulu di Asia, yang kedua sekitar 4 juta tahun dahulu di Afrika. Kulit labu yang ditanam, tidak seperti saudara liarnya, adalah tebal dan tahan air. Ketahanan dan sifat ringan labu ini menjadikan ia mampu tersebar meluas tanpa campur tangan manusia kerana biji benihnya kekal mampu bercambah walaupun terapung di laut untuk tempoh yang lama

Manusia telah mengumpul, menyimpan dan menyemai biji benih buat masa yang lama sehinggakan ia boleh dibukti melalui genetik dan mendorong kepada perubahan bentuk bagi labu Asia dan labu Afrika. Ini membolehkan mengenal pasti asal labu di kawasan berlainan. Sementara itu, penyelidikan menunjukkan labu yang dijumpai dalam jumpaan arkeologi Amerika lebih hampir kepada subspesies labu Asia berbanding labu Afrika.[5]